Assalamualaikum dan selamat pagi,
Alhamdulillah, setelah sekian lama working on 2 e-books, disamping buat kerja2 lain, semalam saya lancarkan secara Percuma e-book Make RM80 in 30 minutes dan 131 Cara Menetapkan Matlamat.
e-book pertama penceritaan adalah lebih kepada pengalaman bagaimana saya bermula dalam bidang yang saya cintai ini. Tujuannya apa? Tujuannya adalah untuk highlight tentang beberapa perkara:
1. Passion : setiap orang ada Passion dalam diri mereka yang Alah letakkan untuk menjadikan fungsi hidup mereka di dunia ini lebih bermakna. Bila seseorang itu melakukan kerja yang menjadi Paasion mereka, banyak perkara kebaikan dapat lahir dari situ, serta boleh berkongsi dengan lebih ramai orang lain.
2. Passion itu perlu dicari. Walaupun saya tak pernah membuat kek atau sugarflower seumur hidup sebelum ini, tapi sekarang ia adalah sebahagian dari kehidupan saya. Tapi jika saya tak lalui proses mencari Passion itu melalui mencuba dan mencuba pelbagai bidang, saya mungkin tidak akan tahu. Jika saya tak beranikan diri mencungkil apa yang ada dalam diri saya, mungkin saya masih bekerja hari ini.
3. Untuk berniaga bukannya payah dan saya tunjukkan dalam contoh mudah melalui e-book ini. Tidak ada alasan bagi mereka yang mengatakan saya tidak ada baking skill. Saya dah buktikan.
Dalam e-book kedua 131 Cara Menetapkan Matlamat, saya menekankan peri pentingnya kita ada matlamat yang jelas dan menulis matlamat tersebut.
Penulisan matlamat sebaiknya dalam keadaan yang teratur dan dikategorikan agar minda kita tidak serabut. Kita juga lebih mudah untuk aturkan flow pemikiran kita bila segalanya tampak jelas...
Kenapa menulis Matlamat sangat penting?
Semua orang2 yang berjaya seperti Richard Branson, Dr Azizan Osman, Brian Tracy, Dr Mahathir, mereka menulis semua matlamat mereka, tidak kira kecil atau besar.
Cerita mengenai cetusan idea melibatkan penghuraian tentang tenaga dan saya tidak mahu sentuh hal itu kerana ianya sukar difahami oleh orang yang tiada imu mengenainya. Tetapi secara umumnya, bila kita biarkan sesuatu idea atau matlamat itu tidak ditulis, kita sedang membiarkannya untuk berlalu ke arah lain.
Menulis matlamat membantu kita untuk nampak dengan jelas apa yang kita mahukan, kemudian fokus kepada apa yang kita inginkan, dan kemudian kita boleh channelkan keupayaan kita kepada jalan merealisasikan matlamat kita.
Senang cerita beginilah, katalah kita nak ke Universal Studio Singapura dari KL. Kita boleh je redah hala ke selatan tanpa peta sebab papan tanda mungkin ada sepanjang jalan. Jadi kemungkinan untuk kita sampai ada, cuma mungkin lambat atau tersesat sedikit.
Tapi jika anda tetapkan matlamat itu dan masukkan infonya kedalam WAZE, maka secara mudah anda akan dapat ke Singapura disamping dapat jimatkan masa dan petrol kerana tidak sesat, atau ambil jalan jauh atau tersangkut dalam jem sebab Waze akan calculate bagi anda the fastest and shortest route. Dan sepanjang jalan dia akan hubungkan anda dengan orang yang hendak kesana yang mempunyai informasi tentang jem, polis, roadblock dan sebagainyna.
Samalah kalau kita tulis dengan jelas matlamat kita. Allah akan bukakan jalan untuk kita, temukan kita dengan orang yang dapat bantu kita, serta hindarkan kita dari buat costly mistakes sepanjang perjalanan mencapai matlamat kita.
Saya dah mengalaminya banyak kali, syukur sangat, sampai kalau orang tanya bagaimana saya capai apa yang saya capai, saya susah nak jawab sebab ianya datang sendiri dengan pertolongan Allah, asbab daripada saya amalkan menulis matlamat hidup. Mungkin tak semuanya tercapai, sebab Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita, tapi yakinlah yang terbaik saja yang akan berlaku bagi kita.
Menulis e-book juga merupakan sebahagian dari matlamat saya yang saya tuliskan awal tahun ini dan alhamdulilah ianya telah tercapai.
Saya benar2 berharap apa yang saya nukilkan dapat membantu anda mencapai matlamat dan impian anda, tapi ianya hanya akan bermanfaat sekiranya selepas anda baca, anda terus buat.
Sementara itu, bagi yang inginkan e-books tersebut, klik pada bahagian atas belah kanan artikel ini ya...
Take care lovely people,
Faridatul Azna Ismail
CEO/Founder
The Dessert Table Sdn Bhd
2013/10/19
2013/10/13
Follow your Passion
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Alhamdulillah selesai menuntut ilmu dengan Dr Azizan Osman dalam Program Platinum beliau pada hari Ahad yang lalu. Program yang terakhir, Master Your Business benar2 membuka mata saya tentang betapa ceteknya ilmu saya tentang perniagaan saya sendiri. Saya tak kenal dengan perniagaan sendiri walaupun telah hampir 2 tahun menjalankan perniagaan. Itu namanya business menggunakan ilmu langgar dinding yang mana sudah pasting dahi saya selalu sakit terantuk setiap beberapa bulan, berkali 2 pula tu.
Beliau menekankan tentang peri pentingnya bersedekah secara konsisten melalui perniagaan untuk keberkatan. Beliau juga menekankan tentang matlamat akhirat yang menentukan perjalanan perniagaan kita agar apa yang kita lakukan dalam dunia perniagaan kita, pahalanya terkumpul untuk kita persembahkan pada Yang Maha Agung nanti, mudah2an diterima sebagai amalan terbaik kita. Mungkin kita tidak akan dapat menandingi mereka yang soleh dalam amalan pahala mereka, tapi sekurang2nya kita berusaha untuk menjadi dan memberi yang terbaik demi mencari redha-Nya.
| Artikel dalam bahagian Hati H19, Harian Metro 10 Oktober 2013 |
Sekembali dari menuntut ilmu, tugasan seterusnya adalah sesi interview bersama akhbar tersohor yang mempunyai readership paling banyak, berjuta2 jumlahnya, iaitu Harian Metro. Saya cuba berikan yang terbaik. Terima kasih kepada wartawan Cik Puan Farlin yang telah menulis artikel ini dengan baik sekali.
Artikel yang ditulis rentetan bicara saya di Women Summit 2013 yang lalu, mengisahkan tentang perjalanan saya dalam peralihan dari dunia korporat kepada dunia perniagaan.
Saya bersyukur kerana terpilih untuk menyumbang sedikit aspirasi kepada puluhan wanita di Summit itu yang masih mencari2 Passion serta kekuatan untuk membuat keputusan to follow their passion. Khabarnya ada yang berhenti kerja selepas itu untuk baking..LOL! Saya doakan kejayaan anda.
Alhamdulillah saya kini bahagia dalam dunia pilihan saya ini.
| Artikel dalam bahagian Nex Gen, Pillars Magazine5 October 2013 |
Jutaan terimakasih juga kepada wartawan Majalah Pillars, Cik Anisha yang telah menemuramah saya di TDT pada bulan September yang lalu untuk artikel dalam Bahagian Nex Gen ini. Majalah yang diterbitkan 2 kali sebulan ini popular dikalangan SME enterpreneurs di Malaysia.
Semua ini sebenarnya membuka ruang bagi wanita2 seperti saya diluar sana yang gigih mengejar passion yang ada dalam diri kami, untuk diketengahkan sebagai aspirasi bagi mereka yang masih mencari2 hala tujuan dalam diri mereka.
Bagi saya, perniagaan latihan bakeri adalah sebagai platform, untuk saya dalam membantu lebih ramai orang diluar sana mencapai kejayaan dari segi ekonomi serta kebahagiaan diri dan keluarga. Semoga sumbangan kecil saya ini memberi makna yang besar bagi mereka yang memerlukan sedikit dorongan, ilmu serta rakan untuk memajukan diri dalam melakukan apa yang disukai.
![]() |
| Antara bunga Sugar flowers yang saya hasilkan semasa Kelas Sugarflower Module 1 pada minggu lepas. |
Definisi sukses bagi saya adalah apabila kita boleh melakukan apa yang kita cintai, dan dapat pula memberi manfaat kepada orang ramai melaluinya.
Sehari selepas temuramah dengan Akhbar Harian Metro, saya adakan pula 4 hari kelas Sugarflowers, Modul 1 dan 2... wow hasilnya memang dasyat.
Tahniah kepada kesemua yang berjaya menghasilkan karya seni yang cantik...
Anyhow...
Hari Wukuf bakal menjelang menandakan kemuncak ibadah haji tahun ini.
Teringat semasa kami Wukuf di Arafah pada tahun 2010, antara doa yang saya panjatkan secara sungguh2 pada Allah ketika itu ialah memohon agar Allah swt memberi petunjuk kepada saya yang ingin membuka perniagaan dalam bidang bakeri ini.
Pinta saya agar Allah Yang Maha Esa mempermudahkan segala urusan sekiranya ini merupakan sesuatu yang terbaik bagi saya dunia dan akhirat. Dan sekiranya ini bukan jalan yang terbaik, maka saya pohon Allah gantikan dengan jalan yang lebih sesuai dan baik untuk saya. Niat saya ketika itu adalah agar saya dapat memberi manfaat pada keluarga dan orang sekeliling yang datang dalam hidup saya.
Ketika itu saya memang tiada apa2 utuk dimodalkan sebagai memulakan perniagaan. Tak tahu juga kemana nak diminta pertolongan. Jadi saya pulangkan semuanya pada Allah kerana sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan keluarga, dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, genap setahun kemudian, dengan jalan2 yang seperti dibukakan khas untuk saya, The Dessert Table berjaya menjalankan kelas pertamanya 'Food Photography' pada bulan Disember 2011. Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang hendak saya dustakan? Tiada wahai Allah...
Kepada yang menunaikan fardhu Haji pada tahun ini, berdoalah dengan bersungguh2 untuk diri, keluarga, rakan2 dan umat Islam keseluruhannya, moga ibadah kalian diterima dan memperolehi haji yang mabrur, insyaa Allah, ameen.
Selamat Berhari Raya Qurban kepada yang menunaikan ibadah Qurban dan umat Islam keseluruhannya.
Love,
Faridatul Azna Ismail
2013/10/06
Ilmu ' Terantuk baru Tengadah' No More
Hari ini hari terakhir kami berkampung di De Palma Hotel Shah Alam, menyudahkan Program Platinum Master Your Business anjuran Richworks. Satu program yang sangat membuka mata saya tentang betapa butanya saya tentang perniagaan saya sendiri. Selama hampir setahun tahun berniaga menggunakan ilmu 'sudah terantuk baru tengadah', kini saya sudah hampir ke penghujung pencarian ilmu perniagaan yang sebenar. Ilmu yang membentang tentang para pentingnya keuntungan duniawi yang membawa kepada keuntungan ukhrawi. Melalui Mentor Dr Azizan Osman yang meletakkan kecintaan kepada Allah, Baginda Rasulullah SAW dan sunnahnya, kami belajar melihat dan memikirkan bagaimana matlamat akhirat penting dalam membentuk perniagaan yang dapat memberi manfaat.
Sejujurnya pagi2 lagi sebelum masuk 'kursus' hari ini saya dah kebanjiran airmata di pagi Subuh. Perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Sayu kerana ini adalah penutup kepada universiti informal kehidupan saya, gembira kerana saya telah come full circle. Saya kini adalah graduan University of Life. Hampir setahun saya berkuliah bersama Dr Azizan Osman sambil berniaga, saya dapati ianya adalah satu bentuk pembelajaran paling efektif kerana kita terus dapat applikasikan apa yang dipelajari kepada business dan terus dapat lihat perubahan mendadak yang sangat mengujakan. Syukur pada Allah SWT yang mentakdirkan saya bertemu dengan Dr Azizan Osman, Jerry Zafrul Rizal Mat, team Richworks serta rakan2 jutawan yang hebat2 seperti Kalavathy Rasalingam, Haslina Ali, Nur Liyana Abd Malek, Fara Hana, Anis CMC, dan ramai lagi. Saya dapat lihat Richworks menjadi pemain global yang utama dalam menyumbang kepada kemanusiaan dan kami semua menjadi antara rakan yang sama membantu menyumbang pada arah itu juga. Nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan? Terima kasih kepada Dr Azizan Osman yang telah membuka mata, minda, hati serta rohani saya serta kefahaman kepada kesinambungan kehidupan duniawi kepada ukhrawi secara sebenarnya.
Love,
Faridatul Azna Ismail
FB: The Dessert Table
2013/09/30
Mencipta peluang
Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera,
Pagi tadi saya menulis di FB page The Dessert Table tentang 4 jenis manusia:
1. Mencipta peluang
2. Nampak peluang dan ambil peluang
3. Nampak peluang tapi tak ambil peluang
4. Tak nampak2 peluang.
Saya rasa pada awalnya, kita semua berada pada tahap no 4. Tapi betulkah hidup ini tak ada peluang? atau kita yang tak pandai untuk mengenalpasti peluang. Kita selalu memikirkan yang hidup kita ni sempit, tak pernah ada peluang untuk melakukan sesuatu yang dapat membuah hasil, seterusnya kejayaan. Begitu sekalikah pandangan kita terhadap Kemurahan Allah yang Maha Memberi segala nikmat kepada kita?
Kalau itulah sangkaan kita, maka itulah yang akan kita dapati kerana Allah SWT itu mengikut sangkaan hamba-Nya.
Kita perlu belajar mengubah pandangan kita terhadap peluang.
Kemudian pada peringkat no 3. Kita banyak nampak peluang lalu lalang depan mata kita. Tapi apa yang kita buat? Kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja atau secara tak sengaja ianya terlepas. Sebab apa?
1. Sebab kita lambat bertindak - terhegeh-hegeh terlalu banyak fikir. Rancang sampai 3 inci tebal kertas proposal, last-last peluang melepas pada orang lain...stress!
2. Sebab kita takut bertindak. Kita takut gagal, takut pada pandangan orang lain, takut rugi, takut cabarannya, takut berhadapan kesusahan, takut dengan commitment, takut pada kejayaan dan segala tanggungjawab yang datang dengan kejayaan itu, dan macam2 lagi alasan.
Sadly, saya kena admit, saya pernah berada di tangga 3...lama jugak la..
Tapi lepas dapat kesedaran, saya naik setakuk ke peringkat 2, alhamdulillah...
Untuk dapat peluang dan rebut peluang adalah mudah. Untuk maintain dan perkembangkan peluang itu..itu yang menjadi cabaran kepada ramai dari kita. Semasa mendapat peluang, kita happy tak hingat. Celebrate, berkobar2 put planning into implementation tapi kebanyakan gagal di tengan jalan. Apa puncanya? Banyak, tapi saya senaraikan a few:
1. Tiada staying power - baik dari segi mental, fizikal atau financial.
Bila business mula berkembang kita mula jadi stress kerana semakin banyak commitment yang perlu diselesaikan, lebih banyak planning perlu dibuat, lebih banyak masa perlu diperuntukkan untuk business dan sebagainya. Fear of success and commitment mula datang. Fear of failure juga akan datang juga. Persoalan seperti what if aku labur lebih banyak dan business gagal? Pasti kerugian tinggi juga. Financial stability juga tiada untuk menjadi sandaran kepada pinjaman atau atau grant.
2. Tiada ilmu yang bertepatan dengan dengan tahap peluang dan tak nampak kepentingan mencari ilmu yang sesuai, hanya bergantung kepada pengetahuan lampau yang mungkin telah obsolete kepentingannya.
Biasanya kepentingan untuk ilmu itu datang bila business mula merudum dan hampir bankrap, baru lah kelam kabut mencari ilmu. Itu pun nasib baik nak cari. Kalau give up terus, lagi haru.
Saya berdoa saya mempunyai kekuatan mental, fizikal, kewangan dan network untuk terus berkembang maju.
Sekarang saya mula berjinak2 untuk mencipta peluang. Alhamdulillah dengan gabungan ilmu yang dipelajari both in Baking & Cake Decorating dan ilmu tentang perniagaan, insyaa Allah idea untuk mencipta peluang amat banyak.
Terbaru ialah Mini Seminar 'Bake with Love' yang kami adakan semalam. Alhamdulillah, semasa saya merangka seminar ini hampir sebulan lepas, langsung saya tak sangka sambutannya akan melimpah ruah...
Kita sambung nanti ya..saya dah mengantuk..
Meanwhile, anda boleh lihat photo dan storynya di FB Page kami..

2013/09/23
Program Bake with Love
eAssalamualaikum dan salam sayang semua,
Apa khabar agaknya anda minggu ini? Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda dan keluarga, ameen.
Sudah beberapa minggu kebelakangan ini hidup saya sangat hectic. Jadual saya sentiasa penuh dengan things to do, masyaa Allah, alhamdulillah. Dan 2-3 hari ini saya sedang merasakan akibat kesibukan tanpa henti itu :)... badan terasa akan kurang sihat, namun saya berdoa Allah berikan saya kesihatan yang baik, kerana hujung minggu ini pada 29th September 2013 akan berlangsungnya insyaallah, Program Bake with Love.
Masyaa Allah program ini mendapat sambutan yang sangat luarbiasa. Kami telah dioverbooked! Hingga semalam saya masih menerima msesej memohon dibukakan ruang untuk mereka hadir, tapi apakan daya, tempat kami terhad. Insyaa Allah untuk program akan datang kami buat di venue yang lebih besar dan selesa untuk anda. Semasa merancang Program ini saya tidak menjangkakan sambutan hebat dan luarbiasa... alhamdulillah, syukur hanya pada Allah.
Terima kasih pada anda yang awesome yang akan datang ke Program kami. Saya tak sabar untuk bertemu anda sekelian. Insyaa Allah saya akan bawakan sepasang suami isteri yang hebat untuk berkongsi pengalaman mereka dalam perniagaan mereka. Dengarkan bagaimana mereka berjaya mengatasi pengalaman hidup yang perit hingga mengecap kejayaan seperti sekarang. Sales produk mereka yang simple menjangkau ratusan ribu ringgit sebulan dengan pembukaan kilang demi kilang. Wow! Beruntunglah mereka yang akan hadir pada Program kami Ahad ini 29th September 2013, insyaallah. Jika mereka boleh berjaya, kita juga boleh kan?
Kesemua yang telah mendaftar, saya harap anda telah mendapat e-tiket anda masing2. Sesiapa yang masih belum sila maklumkan pada kami dengan emailkan kepada bakewithloves@gmail.com untuk kami hantarkan e-tiket anda.
Saya sangat excited! Sementara itu, shooting Wedding Cakes untuk satu majalah tersohor akan ditangguhkan kepada satu masa lain yang sesuai. Insyaa Allah kalau ada rezeki, kita pasti akan keluar majalah itu, kerana ianya telah tercatat sebagai salah satu matlamat saya.
Satu lagi matlamat yang saya sering tulis ialah untuk membuat book review. Alhamdulillah, semalam saya mendapat SMS dari seorang wartawan Majalah untuk Entreprenuer untuk review 2 buah buku kegemaran saya, dan bagaimana ianya mengubah atau memberi kesan pada perjalanan perniagaan saya.
Walaupun reviewnya nanti pendek saja, tapi ianya merupakan permualaan kepada satu proses yang besar nanti, insyaa Allah...
Semakin banyak impian terlaksana, alhamdulilah. Masa untuk menulis impian serta matlamat baru untuk dicapai.
Anda sudah tulis matlamat anda? Berapa matlamat yang telah tercapai?
Semoga anda sentiasa diberkati Allah swt, ameen.
Faridatul Azna Ismail
The Dessert Table
Ikuti kelas Royal Icing kami pada bulan hadapan - Kelas Royal Icing

2013/09/19
Nak berjaya bukan mudah
Assalamualaikum and hai,
2 hari semalam saya ditemani oleh dua rakan dari baking world dalam menyiapkan projek saya untuk Majalah Wanita. Belum selesai lagi, insyaallah akan diteruskan selepas habis kelas Royal Icing nanti.
Hari ini alhamdulillah, sedang berlangsung Kelas Intensif Royal Icing bersama 3 orang students. Seorang wanita hampir 50an dari Jengka, Pahang, seorang dari Kuantan tapi menetap di Turki, dan seorang wanita muda yang sangat bercita2 tinggi dan berdaya usaha tinggi, usia baru 24 tahun.
Dasyatnya wanita bila dia inginkan sesuatu.

Tapi ramai juga yang menghubungi saya minta diberi motivasi untuk melakukan apa yang mereka nak lakukan. Bagaimana mampu saya memotivasikan anda yang tidak saya kenali latar belakangnya, tidak saya tahu asal usulnya, hanya berhubung sekali dua, masyaa Allah. Terlalu tinggi harapan anda kepada saya...berat saya rasakan.
Anda memandang saya sudah jauh kehadapan, sudah mencapai apa yang mungkin anda sendiri inginkan, walaupun hakikatnya saya masih jauh lagi perjalanannya. Tapi mungkin itu pandangan anda dari luar sana.
Biar saya kongsikan dengan anda.
Saya bukan bermula terus dengan membuka Akademi The Dessert Table ini. Saya juga seperti anda bermula dari dapur kecil saya saja. Saya tak pernah tahu menggunakan oven hinggalah kira-kira 7 tahun yang lalu. Saya tak pernah menggunakan mixer seumur hidup saya dan tak pernah kenal tentang tepung dan mentega hingga 7 tahun lalu. Semua itu terlalu asing bagi saya kerana sebelum itu saya wanita berkerjaya.
Tak pernah dalam hidup ini saya sanggup bersengkang mata untuk orang lain. Jadi bila saya mula ambil order dan tidur hanya setelah jam 4 pagi bergelumang ising, baru saya tahu for sure, ini adalah Passion saya. Passion adalah sesuatu yang kita lakukan dengan sepenuh hati, tanpa hirau penat lelah dan ganjarannya samada setimpal atau tidak, janji ianya mendatangkan kepuasan yang sukar untuk diceritakan..
Tapi pasti sepanjang perjalanan itu tidak semuanya mudah. Bila kita bekerja dari rumah, pasti suasana dan perasannya berlainan daripada masa kita bekerja di pejabat. Di pejabat kita ada rakan2 yang boleh kita adukan masalah bila kita runsing, yang boleh bantu 'up'kan morale kita bila kita rasa down dan frustrated, ada training courses yang kita boleh pergi tanpa perlu kita keluarkan belanja dan macam2 lagi.
Bila kita bekerja dari rumah, kadang2 suasana dalam rumah kita pun kita dan rasa de-motivated. Tambah lagi bila tiada pelanggan, tiada kawan, duduk mengadap oven dan mixer yang kaku. For sure kita rasa sangat2 buntu dan nak give-up... Bila buka FB tengok neswfeed rakan2 semua tunjuk pulak gambar kek yang mereka buat untuk pelanggan mereka, status update tentang kejayaan itu dan ini, semua itu kadang2 boleh membunuh semangat membara kita. Kita jadi hilang semangat.
Rakan2 sepejabat kalau kita hubungi pasti akan kata begini, 'tu lah kau, elok2 ada kerja, pergi berhenti, sekarang dah tension'..memang tak menambah semangat langsung, kan? Ahli keluarga pun, kalau kita adukan tentang bisnes yang suram kita ni, pasti sindirannya lebih kurang sama juga, kan?
So, macamana saya tau semua ni? Sebab saya pun pernah laluinya...bukan anda saja, saya juga. Kan saya dah kata, nak berjaya bukan mudah?
Okay, kita sambung nanti sebab saya sedang ada kelas Royal Icing ni. Jangan lupa temujanji kita dalam sesi Bake With Love - Turning Passion into Profit pada 29th September 2013 nanti. Banyak yang akan saya kongsikan bersama anda, insyaa Allah..
Dari yang masih jauh lagi perjalanannya,
Faridatul Azna Ismail
2013/09/11
Ilmu kunci perubahan hidup
Sambil duduk2 di Cake comel Times Bookstore ni saya mencuri masa sedikit untuk update blog yang baru di'makeover' ni.
Setelah hampir setahun saya menyepi kerana sibuk kesana kemari menimba ilmu, dalam bidang Cake decorating dan juga terlebih pentingnya, ilmu tentang perniagaan.
![]() |
| Interview dengan Astro Awani untuk Awani News 22 August 2013 Tajuk : Definisi Wanita Berjaya |
Subscribe to:
Posts (Atom)