2014/10/03

Cabaran kembali menulis blog

Lama sungguh saya tidak menulis disini. Terasa rindu sangat.

Saya tertarik dengan cabaran menulis blog rakan saya Cik Sue dari Lunatots, maka saya juga ingin mencabar diri saya juga untuk kembali menulis dalam blog selama 40 hari berturut2.

Topik apa yang perlu saya tulis?

Well, semasa tempoh berehat selama lebih kurang 10 bulan, saya telah memulakan pengeluaran produk saya sendiri, iaitu Brimm Brounee, brownie yang pertama kali dikeluarkan secara komersial dalam bekas aluminium foil, yang mana kemudiannya menjadi ikutan pengeluar brownie yang lain.

Jadi mungkin saya akan bercerita tentang pengalaman perniagaan baru ini, yang walaupun baru 9 bulan, telah banyak mengajar saya tentang susah senang dunia manufacturing dan sales.

Semasa promosi di Stesen Petronas
Insyaallah ya...

Salam sayang dari saya,

Farida Ismail
The Dessert Table
#brimmbrounee