FARIDATUL AZNA ISMAIL


Faridatul Azna Ismail adalah seorang usahawan wanita yang telah berjaya melahirkan ramai usahawan wanita lainnya terutamanya dalam bidang bakeri.

Beliau yang mempelopori bidang Latihan Bakeri dan Seni Hiasan Kek kini  menjadi aspirasi untuk wanita-wanita lain dalam mengejar impian mereka untuk mencapai kejayaan demi kejayaan.

Sebagai Pengasas dan CEO syarikat The Dessert Table Sdn Bhd, beliau ingin melihat lebih ramai usahawan wanita terutamanya  kalangan wanita Muslim tampil memberanikan diri untuk mengikut ‘Passion’ yang ada dalam diri mereka terutamanya dalam bidang Bakeri.

Kenapa beliau memilih bidang bakeri untuk menjadi platform dalam usaha menjana lebih ramai usahawan? Ini kerana bidang ini mudah untuk dimulakan, mudah untuk dipasarkan, tidak memerlukan modal yang besar serta boleh dimulakan secara kecil-kecilan dari rumah.

Memilih untuk berhenti dari dunia korporat hampir 10 tahun lalu bagi menjaga anaknya, beliau menceburi bidang bakeri secara tidak sengaja apabila secara suka-suka cuba membuat kek pisang untuk ahli keluarganya. Walaupun sepanjang hidupnya beliau tidak pernah cuba untuk membuat kek, kejayaan kali pertama itu mencetuskan sesuatu yang hebat dalam dirinya. 

Dan apabila beliau mula mendapat tempahan dari rakan-rakannya, beliau lantas memberanikan diri untuk menceburi suatu bidang yang terlalu asing baginya, iaitu dunia perniagaan pada tahun 2007.

 Bersama Alan Dunn, pakar Sugarcrafter di London. 

Bersama guru-guru di PME Arts and Crafts, London.
                             
Beliau tanpa jemu mencari dan menghadiri banyak kursus Bakeri dan Seni Hiasan Kek. Antara kursus-kursus yang pernah dihadirinya termasuklah Kelas Seni Hiasan Sugarflower bersama gurunya yang terkenal Alan Dunn di Squires Kitchen, London, Kursus Teachers Training Course bersama PME Knightsbridge London, Kursus Running A Cake Business from Home di Pretty Witty Cakes London, Food Styling & Food Photography Course di The Dessert Table serta di London bersama Sam&Gavin, Milk Jug Cake Course di FairCakes London, dan Diploma in Cake Decorating di Peggy Porschen Academy London. 

Beliau juga menghadiri kursus bersama Chef tempatan seperti Certificate in Basic French Pattiserie bersama Chef Karam, Basic dan Advance Cake Decorating Certificates, ketiga-tiganya dari Taylors College, dan banyak lagi kursus-kursus asas terutamanya Wilton Courses dan lain-lain lagi.

Impiannya adalah untuk melihat lebih ramai wanita khususnya di kalangan 
Bumiputera Muslim untuk sama-sama membangun dan memperjuangkan ekonomi keluarga dan umat Islam, serta memertabatkan kedudukan wanita di sisi masyarakat. 

Seperti Dilihat Dalam: