Assalamualaikum and Hi to all,
My sister today asked me a question, persoalan yang saya rasa juga bermain dikotak fikiran sesetengah dari rakan saya. Katanya, Along, what happened? How come you don't bake anymore? Have you change your direction?
I have been asking myself the same question actually. Have I lost my love for baking? Is the passion not there? How come the change of direction?
The truth is I still love baking. I love the smell of vanilla wafting through TDT when I'm baking. I love licking chocolate ganache off the spoon before it gets into the kitchen sink. I still love going through the whole cupboard of recipe books that I have, both at home and in TDT. I still am very much in love with Baking. I still go goo gaga over delicious bakes.
And I have been yearning to just throw all cautions to the wind and bake some brownies!
But I am swamped. I have so many things planned and 'plannings' to do that I have to forego baking for a while. Besides too many people out there are running all sorts of classes, I feel the need to just sit and watch quietly, what they have to offer.
Besides, I've also grown throughout the year, especially in 2013. I have been learning a lot, and went through so much in 12 months that I have to take a break and re-think my goals and strategies.
Belum pernah saya lalui satu tahun yang sangat padat dengan happenings, kelas2 yang hebat, trip dan kelas di luar negara, appearances dalam media2 elektronik dan bercetak hampir setiap bulan, public speaking, seminars sendiri, appearance dihadapan 3500 orang di atas stage, pertambahan sangat ramai rakan2 yang luarbiasa positif dan hebat, ujian Ayah terkena sakit jantung dan stroke, suami pula dihinggapi diabetes, suami berhenti merokok, kepadatan ilmu dalam bidang perniagaan yang sangat dasyat impaknya, menjadi MC pertama kali dalam seminar orang lain, perbincangan untuk kerjasama dengan pelbagai pihak dan macam2 lagi yang jika anda tanyakan pada saya mungkin November tahun lalu saya memang tak pernah terbayangkan semua ini.
Tak pernah. Dan pendewasaan saya yang sangat mendadak ini adalah hasil didikan Mentor saya Dr Azizan Osman, serta dorongan padu dari suami yang sentiasa memberikan saya 150% support.
Dan saya seperti perlu duduk untuk bertenang dan just take it all in..and try to believe that all those did happen to me. Or I made it happen?
Of course semuanya dengan kehendak dan izin dari Allah yg Maha Agung.
Did it really happen to me? No! I made it happen. I didn't just sit and let things happened. I willed them to happen, by Allah's grace.
Jadi pointnya apa?
Pointnya ialah, semua pengalaman ini telah mendewasakan corak pemikiran saya secara mendadak. Dan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi jenis kelas yang saya tawarkan.
Walaupun saya bermula dengan tepung dan mentega, tapi kini matlamat saya bukan lagi setakat mengajarkan resepi demi resepi untuk membuat cake dan dessert yang sedap, tapi kini matlamat saya telah berubah kepada melahirkan usahawan bakeri yang berjaya. Dan untuk berjaya anda perlu tahu lebih dari sekadar membuat kek. Itu anda boleh pelajari dimana2 tapi ilmu untuk menjadi usahawan yang berjaya, itu yang perlu dipelajari supaya lengkap perjalanan yang anda mulakan.
Kerana inilah saya berubah.
Dulu saya mengamalkan ilmu langgar dinding sambil makan kek. Sekarang no more. Sekarang, insyaa Allah telah digantikan dengan ilmu2 baru yang sangat best, yang perlu saya kongsikan dengan anda.
Off course kita mash boleh berselemoih dengan tepung, tapi selomoih kita kali ini akan mengeluarkan hasil yang hebat dan mantap.
Jadi sebenarnya saya tidak berubah. Arah masih sama. Cuma arah itu telah dimantapkan dan diperluaskan untuk memberi lebih manfaat.
Dan saya nak kongsikan segalanya dengan anda kerana semuanya membuak2 dalam diri saya.
Jadi saya jemput anda yang baru nak mulakan perniagaan diluar sana, tak kira perniagaan apa, atau yang telah lama bermula tapi masih lagi melanggar dinding dan tembok, anda yang kaki sebelah dalam kedai, kaki sebelah luar kedai, tak sure mana nak pergi apa nak buat - JOM HADIRI SEMINAR SUCCESS BREAKTHROUGH BERSAMA saya, Puan Kalavathy Rasalingam, Pakar Perniagaan Rawatan Rambut dan Spa serta Cik Liyana Malek, Pakar Pengurusan Emosi.
Anda pasti takkan menyesal!
Maklumat lanjut boleh diperolehi disini Success Breakthrough Seminar .
Izinkan kami bersama anda untuk membina Kejayaan Luarbiasa!
Ikhlas,
Faridatul Azna Ismail
CEO & Founder
The Dessert Table S/B
2013/11/15
2013/11/01
Makanan Punca Keganasan?
Assalamualaikum dan selamat pagi yang berkabus atau berjerebu, tak sure yang mana satu...
Semalam tertengok berita yang tunjuk video kanak2 kecil dipukul belakang kepala beberapa kali oleh pengasuh di nurseri. Allah... rasa nak gugur jantung tengok anak2 kecil diperlakukan sedemikian oleh orang yang tak punya perikemanusiaan.
Lebih 10 tahun dulu saya buat keputusan untuk berhenti kerja dari syarikat MNC adalah kerana nak jaga anak sendiri, walaupun ada maid. Sebab saya yakin sayalah orang yang paling layak untuk jaga anak saya sendiri. Alhamdulillah, keputusan itu adalah yang paling tepat, kerana Allah mengurniakan saya seorang saja anak dan kiranya saya tidak buat keputusan itu, saya mungkin tidak pernah merasa bagaimana nikmat membesarkan anak depan mata sendiri.
Alhamdulillah anak saya yang seorang itu kini berusia 11 tahun dan tumbesarannya memberangsangkan and he's a happy kid, very confident, playful dan sangat independent.
Walaupun dia seorang tapi dia tak rasa keseorangan kerana ibunya sentiasa disisinya.
Melihat kepada keadaan masyarakat yang kini semakin hilang nilai2 ihsan serta belas kasihan, hilang nilai kemanusiaan, ada yang terhadap anak sendiri, apalagi anak orang lain, kita jadi sedih. Kita jadi tenggelam punca akan apa sebenarnya yang menyebabkan masalah yang saya kira sangat kritikal ini. Kenapa? Kerana anak2 inilah yang membesar dan mengambil alih tanggungjawab kita untuk membangunkan keluarga dan negara. Jika tumbesaran mereka diasak dengan kezaliman dan kekasaran tidak mustahil mereka menjadi dewasa dengan perlakuan yang lebih dasyat lagi.
Saya ambil rumusan mudah tentang punca permasalah ini, kerana saya bukan pakar, cuma seorang pemerhati yang juga punyai anak:
1. Pemakanan - Apa saja yang kita makan akan menjadi darah daging yang membentuk peribadi serta sahsiah diri. Dan pemakanan terbahagi pula kepada 2 iaitu makanan untuk menyihatkan fizikal dan makanan rohani.
* Makanan fizikal - apa saja bentuk pemakanan sihat akan menyumbang kepada kesihatan yang baik, itu sunnatullah nya. Tetapi kita hari ini suka cepat apa yang mudah. Maka, tempat2 seperti McDodo, Kayefci, Burger Kingkong dan sebagainya menjadi tempat makanan ruji anak2. Kita juga tidak hairan kepada kebersihan kedai/gerai yang kitab bawa anak2 kita makan, asalkan murah, kita hentam.
Bagi mereka yang keadaan kewangannya baik, boleh lah memilih restaurant yang upscale yang berkemungkinan menyediakan makanan dari bahan yang terbaik sesuai dengan harganya. Mungkin.
* Makanan Rohani - makanan rohani bukan saja bersumberkan kepada pergi dengar ceramah agama, baca Al-Quran , berzikir dan sebagainya, tetapi makanan fizikal yang kita makan setiap hari juga menyumbang kepada kesihatan roh kita.
1. Makanan yang dibeli dengan punca rezeki yang halal - menyebabkan makanan itu mempunyai barokah.
2. Makanan yang disediakan dengan kasih sayang dan zikrullah akan meenyebabkan rohani si pemakan jadi lembut dan mudah dibentuk.
3. Makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam dan tidak pernah menyebut nama Allah akan memberi kesan kepada rohani kita.
Keadaan rohani penyedia makanan memberi kesan kepada kita kerana makanan juga adalah makhluk yang mempunyai aura atau rohnya, terutama melalui air yang terkandung dalam makanan tersebut. Kajian oleh saintis Jepun menunjukkan air berubah-ubah sifatnya mengikut apa yang ada dipersekitarannya. Jika disebut yang baik2 atau zikrullah molekul air berubah menjadi sangat cantik dan begitulah sebaliknya.
Jadi kalau kita serahkan saja pemakanan kita tanpa kita ambil kira siapa penyedianya, dari mana datangnya makanan itu, adakah yang recycle yang dijual oleh pendatang asing, adakah penyedianya megucap 2 kalimah shahadah minimum dalam 5 kali solat setiap hari dan adakah sumber wang kita itu halal?
Memang it is a too simplified idea too put everything to food, but it is the essence of our being.
Makanan yang halal lagi bersih dan barokah akan meyebabkan hati si pemakan menjadi lembut dan mudah dibentuk dengan nasihat yang lembut dan mudah kembali kepada Allah.
Makanan yang bersih tapi dan halal tapi tiada barokah akan menyebabkan hati sipemakan berkemungkinan keras dan degil. Ini akan diserlahkan melalui perwatakan.
Makanan yang kotor, tidak dari sumber yang halal, lagi disediakan oleh tangan2 yang tidak pernah berwudhu' akan membuatkan hati sipemakan sebal dan kebal dari mengingati Allah. Hatinya jadi keras dan payah menerima teguran. Dan inilah yang banyak dalam masyarakat kita sekarang.
Bila ditengok dalam berita, dibaca dalam akhbar, semuanya adalah berita keganasan, berita penindasan.
Saya nak ajak ibu2 dan ayah2 sekelian, marilah kita kasihani anak2 darah daging kita serta anak2 lain diluar sana. Mari lah kita mulakan audit balik segala sumber pemakanan kita, daripada kehalalan punca rezeki (perbincangan bahagian ini cukup luas), kebersihan penyediaan makanan baik oleh kita mahupun ketika makan diluar, dan rohani penyedia makanan, secara mudahnya carilah yang sekurangnya bersyahadah setiap hari...
Kita tidak boleh nak mengubah masyarakat keseluruhannya secara immediately, tapi kita boleh memulakan dengan unit kecil keluarga kita. Dan kita bertanggungjawab dihadapan Allah swt di padang Mahsyar kelak tentang apa yang kita berikan kepada keluarga kita, wallahualam.
Semoga bermanfaat bebelan saya dipagi2 terakhir sebelum kita masuk ke tahun baru Hijrah hari Selasa nanti.
Salam Sayang,
"Bake with Love & you will be loved"
Faridatul Azna Ismail
The Dessert Table S/B
Subscribe to:
Posts (Atom)