2013/11/01

Makanan Punca Keganasan?


Assalamualaikum dan selamat pagi yang berkabus atau berjerebu, tak sure yang mana satu...

Semalam tertengok berita yang tunjuk video kanak2 kecil dipukul belakang kepala beberapa kali oleh pengasuh di nurseri. Allah... rasa nak gugur jantung tengok anak2 kecil diperlakukan sedemikian oleh orang yang tak punya perikemanusiaan.

Lebih 10 tahun dulu saya buat keputusan untuk berhenti kerja dari syarikat MNC adalah kerana nak jaga anak sendiri, walaupun ada maid. Sebab saya yakin sayalah orang yang paling layak untuk jaga anak saya sendiri. Alhamdulillah, keputusan itu adalah yang paling tepat, kerana Allah mengurniakan saya seorang saja anak dan kiranya saya tidak buat keputusan itu, saya mungkin tidak pernah merasa bagaimana nikmat membesarkan anak depan mata sendiri.

Alhamdulillah anak saya yang seorang itu kini berusia 11 tahun dan tumbesarannya memberangsangkan and he's a happy kid, very confident, playful dan sangat independent.

Walaupun dia seorang tapi dia tak rasa keseorangan kerana ibunya sentiasa disisinya.

Melihat kepada keadaan masyarakat yang kini semakin hilang nilai2 ihsan serta belas kasihan, hilang nilai kemanusiaan, ada yang terhadap anak sendiri, apalagi anak orang lain, kita jadi sedih. Kita jadi tenggelam punca akan apa sebenarnya yang menyebabkan masalah yang saya kira sangat kritikal ini. Kenapa? Kerana anak2 inilah yang membesar dan mengambil alih tanggungjawab kita untuk membangunkan keluarga dan negara. Jika tumbesaran mereka diasak dengan kezaliman dan kekasaran tidak mustahil mereka menjadi dewasa dengan perlakuan yang lebih dasyat lagi.

Saya ambil rumusan mudah tentang punca permasalah ini, kerana saya bukan pakar, cuma seorang pemerhati yang juga punyai anak:

1. Pemakanan - Apa saja yang kita makan akan menjadi darah daging yang membentuk peribadi serta sahsiah diri. Dan pemakanan terbahagi pula kepada 2 iaitu makanan untuk menyihatkan fizikal dan makanan rohani.

* Makanan fizikal - apa saja bentuk pemakanan sihat akan menyumbang kepada kesihatan yang baik, itu sunnatullah nya. Tetapi kita hari ini suka cepat apa yang mudah. Maka, tempat2 seperti McDodo, Kayefci, Burger Kingkong dan sebagainya menjadi tempat makanan ruji anak2. Kita juga tidak hairan kepada kebersihan kedai/gerai yang kitab bawa anak2 kita makan, asalkan murah, kita hentam.

Bagi mereka yang keadaan kewangannya baik, boleh lah memilih restaurant yang upscale yang berkemungkinan menyediakan makanan dari bahan yang terbaik sesuai dengan harganya. Mungkin.

* Makanan Rohani - makanan rohani bukan saja bersumberkan kepada pergi dengar ceramah agama, baca Al-Quran , berzikir dan sebagainya, tetapi makanan fizikal yang kita makan setiap hari juga menyumbang kepada kesihatan roh kita.

1. Makanan yang dibeli dengan punca rezeki yang halal - menyebabkan makanan itu mempunyai barokah.
2. Makanan yang disediakan dengan kasih sayang dan zikrullah akan meenyebabkan rohani si pemakan jadi lembut dan mudah dibentuk.
3. Makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam dan tidak pernah menyebut nama Allah akan memberi kesan kepada rohani kita.

Keadaan rohani penyedia makanan memberi kesan kepada kita kerana makanan juga adalah makhluk yang mempunyai aura atau rohnya, terutama melalui air yang terkandung dalam makanan tersebut. Kajian oleh saintis Jepun menunjukkan air berubah-ubah sifatnya mengikut apa yang ada dipersekitarannya. Jika disebut yang baik2 atau zikrullah molekul air berubah menjadi sangat cantik dan begitulah sebaliknya.

Jadi kalau kita serahkan saja pemakanan kita tanpa kita ambil kira siapa penyedianya, dari mana datangnya makanan itu, adakah yang recycle yang dijual oleh pendatang asing, adakah penyedianya megucap 2 kalimah shahadah minimum dalam 5 kali solat setiap hari dan adakah sumber wang kita itu halal?

Memang it is a too simplified idea too put everything to food, but it is the essence of our being.

Makanan yang halal lagi bersih dan barokah akan meyebabkan hati si pemakan menjadi lembut dan mudah dibentuk dengan nasihat yang lembut dan mudah kembali kepada Allah.

Makanan yang bersih tapi dan halal tapi tiada barokah akan menyebabkan hati sipemakan berkemungkinan keras dan degil. Ini akan diserlahkan melalui perwatakan.

Makanan yang kotor, tidak dari sumber yang halal, lagi disediakan oleh tangan2 yang tidak pernah berwudhu' akan membuatkan hati sipemakan sebal dan kebal dari mengingati Allah. Hatinya jadi keras dan payah menerima teguran. Dan inilah yang banyak dalam masyarakat kita sekarang.

Bila ditengok dalam berita, dibaca dalam akhbar, semuanya adalah berita keganasan, berita penindasan.

Saya nak ajak ibu2 dan ayah2 sekelian, marilah kita kasihani anak2 darah daging kita serta anak2 lain diluar sana. Mari lah kita mulakan audit balik segala sumber pemakanan kita, daripada kehalalan punca rezeki (perbincangan bahagian ini cukup luas), kebersihan penyediaan makanan baik oleh kita mahupun ketika makan diluar, dan rohani penyedia makanan, secara mudahnya carilah yang sekurangnya bersyahadah setiap hari...

Kita tidak boleh nak mengubah masyarakat keseluruhannya secara immediately, tapi kita boleh memulakan dengan unit kecil keluarga kita. Dan kita bertanggungjawab dihadapan Allah swt di padang Mahsyar kelak tentang apa yang kita berikan kepada keluarga kita, wallahualam.

Semoga bermanfaat bebelan saya dipagi2 terakhir sebelum kita masuk ke tahun baru Hijrah hari Selasa nanti.

Salam Sayang,
"Bake with Love & you will be loved"
Faridatul Azna Ismail
The Dessert Table S/B

No comments:

Post a Comment