Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Alhamdulillah selesai menuntut ilmu dengan Dr Azizan Osman dalam Program Platinum beliau pada hari Ahad yang lalu. Program yang terakhir, Master Your Business benar2 membuka mata saya tentang betapa ceteknya ilmu saya tentang perniagaan saya sendiri. Saya tak kenal dengan perniagaan sendiri walaupun telah hampir 2 tahun menjalankan perniagaan. Itu namanya business menggunakan ilmu langgar dinding yang mana sudah pasting dahi saya selalu sakit terantuk setiap beberapa bulan, berkali 2 pula tu.
Beliau menekankan tentang peri pentingnya bersedekah secara konsisten melalui perniagaan untuk keberkatan. Beliau juga menekankan tentang matlamat akhirat yang menentukan perjalanan perniagaan kita agar apa yang kita lakukan dalam dunia perniagaan kita, pahalanya terkumpul untuk kita persembahkan pada Yang Maha Agung nanti, mudah2an diterima sebagai amalan terbaik kita. Mungkin kita tidak akan dapat menandingi mereka yang soleh dalam amalan pahala mereka, tapi sekurang2nya kita berusaha untuk menjadi dan memberi yang terbaik demi mencari redha-Nya.
Artikel dalam bahagian Hati H19, Harian Metro 10 Oktober 2013 |
Sekembali dari menuntut ilmu, tugasan seterusnya adalah sesi interview bersama akhbar tersohor yang mempunyai readership paling banyak, berjuta2 jumlahnya, iaitu Harian Metro. Saya cuba berikan yang terbaik. Terima kasih kepada wartawan Cik Puan Farlin yang telah menulis artikel ini dengan baik sekali.
Artikel yang ditulis rentetan bicara saya di Women Summit 2013 yang lalu, mengisahkan tentang perjalanan saya dalam peralihan dari dunia korporat kepada dunia perniagaan.
Saya bersyukur kerana terpilih untuk menyumbang sedikit aspirasi kepada puluhan wanita di Summit itu yang masih mencari2 Passion serta kekuatan untuk membuat keputusan to follow their passion. Khabarnya ada yang berhenti kerja selepas itu untuk baking..LOL! Saya doakan kejayaan anda.
Alhamdulillah saya kini bahagia dalam dunia pilihan saya ini.
Artikel dalam bahagian Nex Gen, Pillars Magazine5 October 2013 |
Jutaan terimakasih juga kepada wartawan Majalah Pillars, Cik Anisha yang telah menemuramah saya di TDT pada bulan September yang lalu untuk artikel dalam Bahagian Nex Gen ini. Majalah yang diterbitkan 2 kali sebulan ini popular dikalangan SME enterpreneurs di Malaysia.
Semua ini sebenarnya membuka ruang bagi wanita2 seperti saya diluar sana yang gigih mengejar passion yang ada dalam diri kami, untuk diketengahkan sebagai aspirasi bagi mereka yang masih mencari2 hala tujuan dalam diri mereka.
Bagi saya, perniagaan latihan bakeri adalah sebagai platform, untuk saya dalam membantu lebih ramai orang diluar sana mencapai kejayaan dari segi ekonomi serta kebahagiaan diri dan keluarga. Semoga sumbangan kecil saya ini memberi makna yang besar bagi mereka yang memerlukan sedikit dorongan, ilmu serta rakan untuk memajukan diri dalam melakukan apa yang disukai.
Antara bunga Sugar flowers yang saya hasilkan semasa Kelas Sugarflower Module 1 pada minggu lepas. |
Definisi sukses bagi saya adalah apabila kita boleh melakukan apa yang kita cintai, dan dapat pula memberi manfaat kepada orang ramai melaluinya.
Sehari selepas temuramah dengan Akhbar Harian Metro, saya adakan pula 4 hari kelas Sugarflowers, Modul 1 dan 2... wow hasilnya memang dasyat.
Tahniah kepada kesemua yang berjaya menghasilkan karya seni yang cantik...
Anyhow...
Hari Wukuf bakal menjelang menandakan kemuncak ibadah haji tahun ini.
Teringat semasa kami Wukuf di Arafah pada tahun 2010, antara doa yang saya panjatkan secara sungguh2 pada Allah ketika itu ialah memohon agar Allah swt memberi petunjuk kepada saya yang ingin membuka perniagaan dalam bidang bakeri ini.
Pinta saya agar Allah Yang Maha Esa mempermudahkan segala urusan sekiranya ini merupakan sesuatu yang terbaik bagi saya dunia dan akhirat. Dan sekiranya ini bukan jalan yang terbaik, maka saya pohon Allah gantikan dengan jalan yang lebih sesuai dan baik untuk saya. Niat saya ketika itu adalah agar saya dapat memberi manfaat pada keluarga dan orang sekeliling yang datang dalam hidup saya.
Ketika itu saya memang tiada apa2 utuk dimodalkan sebagai memulakan perniagaan. Tak tahu juga kemana nak diminta pertolongan. Jadi saya pulangkan semuanya pada Allah kerana sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan keluarga, dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, genap setahun kemudian, dengan jalan2 yang seperti dibukakan khas untuk saya, The Dessert Table berjaya menjalankan kelas pertamanya 'Food Photography' pada bulan Disember 2011. Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang hendak saya dustakan? Tiada wahai Allah...
Kepada yang menunaikan fardhu Haji pada tahun ini, berdoalah dengan bersungguh2 untuk diri, keluarga, rakan2 dan umat Islam keseluruhannya, moga ibadah kalian diterima dan memperolehi haji yang mabrur, insyaa Allah, ameen.
Selamat Berhari Raya Qurban kepada yang menunaikan ibadah Qurban dan umat Islam keseluruhannya.
Love,
Faridatul Azna Ismail
No comments:
Post a Comment