2013/10/19

berkongsi Ilmu dalam E-books

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Alhamdulillah, setelah sekian lama working on 2 e-books, disamping buat kerja2 lain, semalam saya lancarkan secara Percuma e-book Make RM80 in 30 minutes dan 131 Cara Menetapkan Matlamat.

e-book pertama penceritaan adalah lebih kepada pengalaman bagaimana saya bermula dalam bidang yang saya cintai ini. Tujuannya apa? Tujuannya adalah untuk highlight tentang beberapa perkara:

1. Passion : setiap orang ada Passion dalam diri mereka yang Alah letakkan untuk menjadikan fungsi hidup mereka di dunia ini lebih bermakna. Bila seseorang itu melakukan kerja yang menjadi Paasion mereka, banyak perkara kebaikan dapat lahir dari situ, serta boleh berkongsi dengan lebih ramai orang lain.

2. Passion itu perlu dicari. Walaupun saya tak pernah membuat kek atau sugarflower seumur hidup sebelum ini, tapi sekarang ia adalah sebahagian dari kehidupan saya. Tapi jika saya tak lalui proses mencari Passion itu melalui mencuba dan mencuba pelbagai bidang, saya mungkin tidak akan tahu. Jika saya tak beranikan diri mencungkil apa yang ada dalam diri saya, mungkin saya masih bekerja hari ini.

3. Untuk berniaga bukannya payah dan saya tunjukkan dalam contoh mudah melalui e-book ini. Tidak ada alasan bagi mereka yang mengatakan saya tidak ada baking skill. Saya dah buktikan.

Dalam e-book kedua 131 Cara Menetapkan Matlamat, saya menekankan peri pentingnya kita ada matlamat yang jelas dan menulis matlamat tersebut.

Penulisan matlamat sebaiknya dalam keadaan yang teratur dan dikategorikan agar minda kita tidak serabut. Kita juga lebih mudah untuk aturkan flow pemikiran kita bila segalanya tampak jelas...

Kenapa menulis Matlamat sangat penting?

Semua orang2 yang berjaya seperti Richard Branson, Dr Azizan Osman, Brian Tracy, Dr Mahathir, mereka menulis semua matlamat mereka, tidak kira kecil atau besar.

Cerita mengenai cetusan idea melibatkan penghuraian tentang tenaga dan saya tidak mahu sentuh hal itu kerana ianya sukar difahami oleh orang yang tiada imu mengenainya. Tetapi secara umumnya, bila kita biarkan sesuatu idea atau matlamat itu tidak ditulis, kita sedang membiarkannya untuk berlalu ke arah lain.

Menulis matlamat membantu kita untuk nampak dengan jelas apa yang kita mahukan, kemudian fokus kepada apa yang kita inginkan, dan kemudian kita boleh channelkan keupayaan kita kepada jalan merealisasikan matlamat kita.

Senang cerita beginilah, katalah kita nak ke Universal Studio Singapura dari KL. Kita boleh je redah hala ke selatan tanpa peta sebab papan tanda mungkin ada sepanjang jalan. Jadi kemungkinan untuk kita sampai ada, cuma mungkin lambat atau tersesat sedikit.

Tapi jika anda tetapkan matlamat itu dan masukkan infonya kedalam WAZE, maka secara mudah anda akan dapat ke Singapura disamping dapat jimatkan masa dan petrol kerana tidak sesat, atau ambil jalan jauh atau tersangkut dalam jem sebab Waze akan calculate bagi anda the fastest and shortest route. Dan sepanjang jalan dia akan hubungkan anda dengan orang yang hendak kesana yang mempunyai informasi tentang jem, polis, roadblock dan sebagainyna.

Samalah kalau kita tulis dengan jelas matlamat kita. Allah akan bukakan jalan untuk kita, temukan kita dengan orang yang dapat bantu kita, serta hindarkan kita dari buat costly mistakes sepanjang perjalanan mencapai matlamat kita.

Saya dah mengalaminya banyak kali, syukur sangat, sampai kalau orang tanya bagaimana saya capai apa yang saya capai, saya susah nak jawab sebab ianya datang sendiri dengan pertolongan Allah, asbab daripada saya amalkan menulis matlamat hidup. Mungkin tak semuanya tercapai, sebab Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita, tapi yakinlah yang terbaik saja yang akan berlaku bagi kita.

Menulis e-book juga merupakan sebahagian dari matlamat saya yang saya tuliskan awal tahun ini dan alhamdulilah ianya telah tercapai.

Saya benar2 berharap apa yang saya nukilkan dapat membantu anda mencapai matlamat dan impian anda, tapi ianya hanya akan bermanfaat sekiranya selepas anda baca, anda terus buat.

Sementara itu, bagi yang inginkan e-books tersebut, klik pada bahagian atas belah kanan artikel ini ya...

Take care lovely people,

Faridatul Azna Ismail
CEO/Founder
The Dessert Table Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment