2013/10/06

Ilmu ' Terantuk baru Tengadah' No More




Hari ini hari terakhir kami berkampung di De Palma Hotel Shah Alam, menyudahkan Program Platinum Master Your Business anjuran Richworks. Satu program yang sangat membuka mata saya tentang betapa butanya saya tentang perniagaan saya sendiri. Selama hampir setahun tahun berniaga menggunakan ilmu 'sudah terantuk baru tengadah', kini saya sudah hampir ke penghujung pencarian ilmu perniagaan yang sebenar. Ilmu yang membentang tentang para pentingnya keuntungan duniawi yang membawa kepada keuntungan ukhrawi. Melalui Mentor Dr Azizan Osman yang meletakkan kecintaan kepada Allah, Baginda Rasulullah SAW dan sunnahnya, kami belajar melihat dan memikirkan bagaimana matlamat akhirat penting dalam membentuk perniagaan yang dapat memberi manfaat.

Sejujurnya pagi2 lagi sebelum masuk 'kursus' hari ini saya dah kebanjiran airmata di pagi Subuh. Perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Sayu kerana ini adalah penutup kepada universiti informal kehidupan saya, gembira kerana saya telah come full circle. Saya kini adalah graduan University of Life. Hampir setahun saya berkuliah bersama Dr Azizan Osman sambil berniaga, saya dapati ianya adalah satu bentuk pembelajaran paling efektif kerana kita terus dapat applikasikan apa yang dipelajari kepada business dan terus dapat lihat perubahan mendadak yang sangat mengujakan. Syukur pada Allah SWT yang mentakdirkan saya bertemu dengan Dr Azizan Osman, Jerry Zafrul Rizal Mat, team Richworks serta rakan2 jutawan yang hebat2 seperti Kalavathy RasalingamHaslina AliNur Liyana Abd MalekFara Hana, Anis CMC, dan ramai lagi. Saya dapat lihat Richworks menjadi pemain global yang utama dalam menyumbang kepada kemanusiaan dan kami semua menjadi antara rakan yang sama membantu menyumbang pada arah itu juga. Nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan? Terima kasih kepada Dr Azizan Osman yang telah membuka mata, minda, hati serta rohani saya serta kefahaman kepada kesinambungan kehidupan duniawi kepada ukhrawi secara sebenarnya. 


Love,

Faridatul Azna Ismail 
FB: The Dessert Table

4 comments:

  1. steady lah kak long.....moga kaklong dipermudahkan segala urusan kelak

    ReplyDelete
  2. Taniah pn...mudah-mudahan Allah saja yang boleh membalas jasa Dr. Azizan Osman dan keluarganya...tidak lupa juga pada team richworks yang banyak berkorban demi anak bangsa.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum madam. You look very prominent and successful. Happy to see you succeed in the business. Madam, I am a consultant with CIMB Wealth Advisor. My expertise is in Financial Planning or Wealth Creation.
    I would like to make appointment to see you so that I can share with you our banking products and services. Our Islamic fund DALI gave 451% in 15 years. That is 30% per annum. It is good to save our money today as it is for our children in future :) 0179286725 Hanis Kamil

    ReplyDelete