Sambil duduk2 di Cake comel Times Bookstore ni saya mencuri masa sedikit untuk update blog yang baru di'makeover' ni.
Setelah hampir setahun saya menyepi kerana sibuk kesana kemari menimba ilmu, dalam bidang Cake decorating dan juga terlebih pentingnya, ilmu tentang perniagaan.
Interview dengan Astro Awani untuk Awani News 22 August 2013 Tajuk : Definisi Wanita Berjaya |
Wow! Memang banyak bezanya antara orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu.
Pengalaman menimba ilmu bersama DrAzizan Osman adalah antara perkara paling menarik dalam hidup saya. Bukan saja ilmu yang bertambah, malah rakan2 yang sama 'wavelength' juga makin bertambah. Hidup saya sekarang kaya ilmu dan kaya persahabatan.
But of course, bukan setakat itu saja.
Pandangan saya terhadap mengapa saya perlu berniaga juga berubah. Cara saya berfikir tentang perniagaan dan pelanggan juga berubah. Masyaa Allah terlalu banyak perubahan dalam hidup saya. Akan saya kongsikan insyaa Allah sedikit demi sedikit dalam penulisan akan datang, dalam FB posting, juga dalam kelas2 saya.
Sementara itu, alhamdulillah, semalam berlangsungnya 2 perkara penting, iaitu Kelas Sugarflowers (my passion) ....
Bunch of gorgeous flowers by Madam Lynn of Ampang dalam kelas semalam Kelas Sugarflower Module 1 |
Dan juga interview bersama wartawan Majalah Pillars. Ini adalah kali pertama saya ditemuramah oleh Majalah Enterprenuer ni. Boleh kata hari bersejarah dalam hidup saya juga ni.
11 Sept 2013 - Pillars Magazine Interview Insyaallah copies will be out on 5th October 2013. Jangan lupa cari ya... |
Alhamdulillah pada hari Isnin malam dapat tahu ada yang menulis tentang sharing pendek saya di Women Summit 2013 pada 20 August yg lepas. Saya telah dijemput oleh organiser Women Summit untuk memberikan sedikit sharing tentang pengalaman saya dari bekerja hingga berniaga.
Ikuti penulisannya disini : http://
Akibatnya, ada wartawan yang telah 18 tahun bekerja berhenti kerana nak pursue Passionnya dalam bidang baking..Aduhh!
Setakat ini, dalam masa 5 bulan, saya telah muncul di MHI (Suasana menjelang pilihanraya), Business Alternatif (Misi Mencari Cake Boss tempatan), Berita Astro Awani (Definisi Wanita Berjaya) serta muncul dalam slot NLKO bersama DrAzizan Osman, dan Mingguan Metro (courtesy of Richworks) dan Berita Harian (Women Summit 2013) minggu lepas. Terima kasih juga pada Doc kerana share tentang saya di Page Alumni, dalam blog, menerusi emel blast dan juga di SJI. Ya Allah...gembiranya hati saya ni macam nak meletup!
Masyaa Allah, tahun lepas saya menangis risau kerana tiada siapa yang kenal siapa saya, apa itu The Dessert Table. Bila orang tak kenal kita maka mana ada business. Hari2 saya duduk seorang diri dalam TDT mengadap FB page yang hanya ada 200 lebih Likes. Tension! Rasa nak give-up, tutup kedai dan duduk rumah diam2. Tapi itu bukan saya! Saya malu nak give-up. Malu pada suami dan keluarga.
Bila Kak Ros, tukang urut saya kenalkan saya dengan DrAzizan Osman, melalui Mingguan Metro, saya langsung tak ambil pot! Sebaliknya saya sign-up dengan seorang Coach yang sangat murah harga service feenya, iaitu RM1500 untuk Coaching selama 3 bulan dan 3 bulan lagi free! Siapa tak nak? Murah tu! Tapi coaching hanya berjalan selama 2 bulan sebelum masing2 give-up on each other.
Bila saya terpandang Chef Amer bersama Doc di NLKO tahun lepas, baru lah terbuka sedikit hati saya ni. Itupun degil lagi, mintak Chef Amer jadi mentor saya, tapi dia menolak dengan alasan tidak layak katanya. Jadi nampaknya saya tiada pilihan. DrAzizan Osman jugalah nampaknya.
Itulah asbab pertemuan saya dengan DrAzizan Osman, Jerry Zafrul Rizal Mat dan seluruh krew RIchworks, serta Alumni yang awesome!
Saya masih ingat Jerry marahkan saya yang bertanya tentang satu soalan dalam Borang yang saya isi, katanya 'macamana nak jadi jutawan, nak berjaya, masa depan sendiri pun tak tau'...masa tu saya bengang habis. Dalam hati saya, ya lah sebab tu lah saya kat sini, nak tau maaa..... Sorry Jay masih baru nak belajar.
Sekarang hidup saya sangat huru hara. Saya rasa kalau ada 10 kaki dan sepuluh tangan dan dua otak pun masih tak terkejar. Banyak betul perkara yang perlu saya lakukan untuk keep up dengan perkembangan TDT. Brand kami sudah semakin kukuh dan dapat diterima ramai sebagai satu brand yang menawarkan kelas2 yang berkualiti.
Setiap hari hari saya menerima mesej yang mengucapkan tahniah dan turut gembira dengan apa yang sedang berlaku, ada yang ingin menjadikan saya mentor mereka, ada yang sudah berubah haluan hidup kerana ter'inspire' dengan apa yang berlaku pada saya, dan pelbagai lagi. Dan off course pertanyaan tentang kelas makin meletup. Saya dipaksa untuk publish jadual kelas terbaru!
Kini saya gembira kerana dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan wanita2 diluar sana yang ingin memulakan hidup baru bersama anak2 dan keluarga. Harapan saya agar TDT dapat terus menjadi Industry Leader dalam membantu meningkatkan ekonomi wanita2 diluar sana.
Syukur pada Allah yang memberi jalan untuk saya menghadiri majlis ilmu DrAzizan Osman.
Syukur pada Allah yang memberi kefahaman kepada saya tentang ilmu yang Doc sampaikan.
Dan setinggi2 terima kasih kepada DrAzizan Osman dan ahli keluarga Richworks kerana tidak jemu2 bertungkus lumus menyampaikan ilmu, terutamanya kepada saya yang bermula dengan zero knowledge ini.
Terima kasih kepada DrAzizan Osman atas kepercayaan yang diberikan dengan memilih saya untuk muncul di NLKO dan Mingguan Metro.
Maaf saya tidak hadir di SJI minggu lepas. Tapi insyaa Allah saya akan hadir ke SJI JB dan Shah Alam.
Saya doakan anda semuanya berjaya dalam segala sudut dan diberkati selamanya oleh Allah SWT.
Dari saya yang perlu sentiasa bersyukur,
Faridatul Azna Ismail
The Dessert Table Sdn Bhd
www.facebook.com/mutiaradesserttable
www.bakewithloves.blogspot.com
Taniah...
ReplyDelete