Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera,
Pagi tadi saya menulis di FB page The Dessert Table tentang 4 jenis manusia:
1. Mencipta peluang
2. Nampak peluang dan ambil peluang
3. Nampak peluang tapi tak ambil peluang
4. Tak nampak2 peluang.
Saya rasa pada awalnya, kita semua berada pada tahap no 4. Tapi betulkah hidup ini tak ada peluang? atau kita yang tak pandai untuk mengenalpasti peluang. Kita selalu memikirkan yang hidup kita ni sempit, tak pernah ada peluang untuk melakukan sesuatu yang dapat membuah hasil, seterusnya kejayaan. Begitu sekalikah pandangan kita terhadap Kemurahan Allah yang Maha Memberi segala nikmat kepada kita?
Kalau itulah sangkaan kita, maka itulah yang akan kita dapati kerana Allah SWT itu mengikut sangkaan hamba-Nya.
Kita perlu belajar mengubah pandangan kita terhadap peluang.
Kemudian pada peringkat no 3. Kita banyak nampak peluang lalu lalang depan mata kita. Tapi apa yang kita buat? Kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja atau secara tak sengaja ianya terlepas. Sebab apa?
1. Sebab kita lambat bertindak - terhegeh-hegeh terlalu banyak fikir. Rancang sampai 3 inci tebal kertas proposal, last-last peluang melepas pada orang lain...stress!
2. Sebab kita takut bertindak. Kita takut gagal, takut pada pandangan orang lain, takut rugi, takut cabarannya, takut berhadapan kesusahan, takut dengan commitment, takut pada kejayaan dan segala tanggungjawab yang datang dengan kejayaan itu, dan macam2 lagi alasan.
Sadly, saya kena admit, saya pernah berada di tangga 3...lama jugak la..
Tapi lepas dapat kesedaran, saya naik setakuk ke peringkat 2, alhamdulillah...
Untuk dapat peluang dan rebut peluang adalah mudah. Untuk maintain dan perkembangkan peluang itu..itu yang menjadi cabaran kepada ramai dari kita. Semasa mendapat peluang, kita happy tak hingat. Celebrate, berkobar2 put planning into implementation tapi kebanyakan gagal di tengan jalan. Apa puncanya? Banyak, tapi saya senaraikan a few:
1. Tiada staying power - baik dari segi mental, fizikal atau financial.
Bila business mula berkembang kita mula jadi stress kerana semakin banyak commitment yang perlu diselesaikan, lebih banyak planning perlu dibuat, lebih banyak masa perlu diperuntukkan untuk business dan sebagainya. Fear of success and commitment mula datang. Fear of failure juga akan datang juga. Persoalan seperti what if aku labur lebih banyak dan business gagal? Pasti kerugian tinggi juga. Financial stability juga tiada untuk menjadi sandaran kepada pinjaman atau atau grant.
2. Tiada ilmu yang bertepatan dengan dengan tahap peluang dan tak nampak kepentingan mencari ilmu yang sesuai, hanya bergantung kepada pengetahuan lampau yang mungkin telah obsolete kepentingannya.
Biasanya kepentingan untuk ilmu itu datang bila business mula merudum dan hampir bankrap, baru lah kelam kabut mencari ilmu. Itu pun nasib baik nak cari. Kalau give up terus, lagi haru.
Saya berdoa saya mempunyai kekuatan mental, fizikal, kewangan dan network untuk terus berkembang maju.
Sekarang saya mula berjinak2 untuk mencipta peluang. Alhamdulillah dengan gabungan ilmu yang dipelajari both in Baking & Cake Decorating dan ilmu tentang perniagaan, insyaa Allah idea untuk mencipta peluang amat banyak.
Terbaru ialah Mini Seminar 'Bake with Love' yang kami adakan semalam. Alhamdulillah, semasa saya merangka seminar ini hampir sebulan lepas, langsung saya tak sangka sambutannya akan melimpah ruah...
Kita sambung nanti ya..saya dah mengantuk..
Meanwhile, anda boleh lihat photo dan storynya di FB Page kami..
Faridatul Azna Ismail
The Dessert Table Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment