2013/09/23

Program Bake with Love

eAssalamualaikum dan salam sayang semua,

Apa khabar agaknya anda minggu ini? Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda dan keluarga, ameen.

Sudah beberapa minggu kebelakangan ini hidup saya sangat hectic. Jadual saya sentiasa penuh dengan things to do, masyaa Allah, alhamdulillah. Dan 2-3 hari ini saya sedang merasakan akibat kesibukan tanpa henti itu :)... badan terasa akan kurang sihat, namun saya berdoa Allah berikan saya kesihatan yang baik, kerana hujung minggu ini pada 29th September 2013 akan berlangsungnya insyaallah, Program Bake with Love.

Masyaa Allah program ini mendapat sambutan yang sangat luarbiasa. Kami telah dioverbooked! Hingga semalam saya masih menerima msesej memohon dibukakan ruang untuk mereka hadir, tapi apakan daya, tempat kami terhad. Insyaa Allah untuk program akan datang kami buat di venue yang lebih besar dan selesa untuk anda. Semasa merancang Program ini saya tidak menjangkakan sambutan hebat dan luarbiasa... alhamdulillah, syukur hanya pada Allah.

Terima kasih pada anda yang awesome yang akan datang ke Program kami. Saya tak sabar untuk bertemu anda sekelian. Insyaa Allah saya akan bawakan sepasang suami isteri yang hebat untuk berkongsi pengalaman mereka dalam perniagaan mereka. Dengarkan bagaimana mereka berjaya mengatasi pengalaman hidup yang perit hingga mengecap kejayaan seperti sekarang. Sales produk mereka yang simple menjangkau ratusan ribu ringgit sebulan dengan pembukaan kilang demi kilang. Wow! Beruntunglah mereka yang akan hadir pada Program kami Ahad ini 29th September 2013, insyaallah. Jika mereka boleh berjaya, kita juga boleh kan?

Kesemua yang telah mendaftar, saya harap anda telah mendapat e-tiket anda masing2. Sesiapa yang masih belum sila maklumkan pada kami dengan emailkan kepada bakewithloves@gmail.com untuk kami hantarkan e-tiket anda.

Saya sangat excited! Sementara itu, shooting Wedding Cakes untuk satu majalah tersohor akan ditangguhkan kepada satu masa lain yang sesuai. Insyaa Allah kalau ada rezeki, kita pasti akan keluar majalah itu, kerana ianya telah tercatat sebagai salah satu matlamat saya.

Satu lagi matlamat yang saya sering tulis ialah untuk membuat book review. Alhamdulillah, semalam saya mendapat SMS dari seorang wartawan Majalah untuk Entreprenuer untuk review 2 buah buku kegemaran saya, dan bagaimana ianya mengubah atau memberi kesan pada perjalanan perniagaan saya.

Walaupun reviewnya nanti pendek saja, tapi ianya merupakan permualaan kepada satu proses yang besar nanti, insyaa Allah...

Semakin banyak impian terlaksana, alhamdulilah. Masa untuk menulis impian serta matlamat baru untuk dicapai.

Anda sudah tulis matlamat anda? Berapa matlamat yang telah tercapai?

Semoga anda sentiasa diberkati Allah swt, ameen.

Faridatul Azna Ismail
The Dessert Table

Ikuti kelas Royal Icing kami pada bulan hadapan - Kelas Royal Icing

No comments:

Post a Comment